AWAS! Pendrive dan Memory Card Palsu berleluasa ( di internet mahupun di pasar malam )

Assalamualaikum dan Salam sejahtera... perh.. lama tol x update blog ni...  bkan stakat sarang labah2 , sarang tebuan pon nak buat sekali....

Assalamualaikum dan Salam sejahtera... perh.. lama tol x update blog ni...  bkan stakat sarang labah2 , sarang tebuan pon nak buat sekali.. hehe



Entry kali ni berkaitan PENDRIVE dan MEMROY CARD palsu . Pendrive dan memory card ini di jual murah , RM25 dah boleh dpt 32gb dah boleh dpt memory card class 10 ! ad logik x ? hehe.. kalau sekali pendang mesti anda mau beli kan ? .... kalau depan cikgu pon cikgu grab terus... 

Sekrang pon cikgu tengok ramai yg jual Pendrive , memory card ni , di INTERNET  , xtahan di pasar malam pon ad... pendrive di jual pasar malam ? jgn xcaya lak.. haha.. tah2 pas ni software2 pon ad.. hehe .

1 malam , cikgu ternampak artikel yg di share dlam 1 group ******* . Artikel berkenaan tentang Pendrive dan memory card palsu ni , selanjutnya baca di bawah , credit pada cikgu vista

Entri kali ni tentang pendrive & kad memori yang dijual secara berleluasa sejak akhir-akhir ni dalam harga yang murah yang mana "too good to be true". Ceritanya bermula apabila cikgu mengunjungi pasar malam pada Sabtu lepas (26/10/2013) dan terjumpa gerai "pendrive" dan kad memori yang dilonggok di atas meja. Wah! canggih zaman sekarang, peranti memori pun dah ada kat pasar malam. Antara yang cikgu nampak di situ,

Memori kad (SD)
- Samsung 16GB, 32GB dan 64GB
- Sandisk 16GB, 32GB dan 64GB

Pendrive
- Kingston  16GB, 32GB dan 64GB

.. dan apa yang menarik, semua harga "flat rate" sama iaitu RM25 sahaja setiap satu. Cikgu teruja dan dapatkan 1 unit kad memori SD SAMSUNG 32GB dan seunit Pendrive Kingston 32GB. Jadi, korbanlah RM50 yang mana dah boleh peli dua pek bijirin sihat Chia Seeds...

Masa beli tu cikgu dah tekad nak cuba uji keupayaan memori sebenar kerana masa dulu pernah terkena pendrive palsu dari China.


Pada dua hari berikutnya cikgu pasang kedua-dua (cikgu panggil peranti memori aje lah) tu pada komputer dan saiz yang dipaparkan adalah sama seperti pada label pek iaitu 32GB setiap seunit. 

Untuk lebih memuaskan hati, cikgu pun buat dua fasa ujian untuk kedua-dua unit peranti memori tersebut.


Ujian Fasa 1 - "Copy" pecahan fail dan "folder" sebanyak 20GB ke dalam peranti memori tersebut sehingga selesai.

Ujian Fasa 2 - Guna aplikasi h2testw.exe untuk ujilari keupayaan "read & write" memori. CLIK SINI untuk memuat turun software tersebut scara percuma

Dan hasil penemuan, kedua-dua peranti memori tersebut mengalami proses kegagalan kedua-dua fasa ujian tersebut. Kegagalan Ujian Fasa 1 dikesan selepas proses "copy" selesai dimana imej "folder" hilang dan beberapa fail yang disalin "corrupt" sepanjang proses pemindahan. Fail video yang telah dipindahkan, gagal dimainkan.

Begitu juga hasil Ujian Fasa 2, didapati kedua-dua peranti memori tersebut dikesan ada masalah "defective" dimana hanya kurang 200MB data saja yang berjaya ditulis. Sila rujuk gambar di bawah...


Status memori setelah selesai Ujian Fasa 1.
"Folder" dan fail yang hilang selepas Ujian Fasa 1.
Keputusan Ujian Fasa 2: Kad Memori SD Samsung 32GB

Keputusan Ujian Fasa 2: Pendrive Kingston 32GB
Jangan beli sebarangan peranti elektronik yang harganya "too good to be true"...

Sila ujilari dengan TELITI dulu peranti elektronik tersebut jika diberi peluang...

Ingatlah, data yang hilang tidak akan dapat diganti walaupun dengan beribu-ribu unit pendrive / kad memori. Beringat sebelum terkena. Biar alah membeli asal menang memakai...


P/S: Tujuan pendedahan ini adalah untuk menyedarkan orang ramai. Tiada niat untuk menutup periuk nasi orang yang menjualnya. Minta maaf jika ada sebarang terkasar bahasa.


terima kasih buat cikguvista yg membuat pendedahan tentang penipuan ini , harap anda semua berhati2 membeli . fikir 2 x sebelum anda terkena

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Nama

Agama Alat Bantu Mengajar Bahan dan Alatan BMM3105 broadband Cikgu Jazlan Cover File doa Domain .my Fotografi IPGKTAA Event Koleksi Cerpen Lain - Lain LOGO IPG KPM IPGKTAA Nota Bahasa Melayu Nota IPG Panduan KKBI PENDIDIKAN SENI VISUAL PJK PRU13 Running man Santai SERVIS Sukatan BM THUN 1-6 Tutorial TUTORIAL BLOG Tutorial Box.com Tv Online Virus Widget Blog
false
ltr
item
CIKGU JAZLAN: AWAS! Pendrive dan Memory Card Palsu berleluasa ( di internet mahupun di pasar malam )
AWAS! Pendrive dan Memory Card Palsu berleluasa ( di internet mahupun di pasar malam )
http://4.bp.blogspot.com/-z4BAoIR9UGI/Um95qFUIbBI/AAAAAAAAC_Q/LpX4lU8dISM/s200/1380005688_Pen-Drive-3.png
http://4.bp.blogspot.com/-z4BAoIR9UGI/Um95qFUIbBI/AAAAAAAAC_Q/LpX4lU8dISM/s72-c/1380005688_Pen-Drive-3.png
CIKGU JAZLAN
http://www.cikgujazlan.my/2013/10/awas-pendrive-dan-memory-card-palsu.html
http://www.cikgujazlan.my/
http://www.cikgujazlan.my/
http://www.cikgujazlan.my/2013/10/awas-pendrive-dan-memory-card-palsu.html
true
4504742246731490904
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please Like | Share to Unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy