Apa itu ISO

ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR slain aperture dan shutter speed yang telah aku terangkan sebelum ini. Pen...



ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR slain aperture dan shutter speed yang telah aku terangkan sebelum ini. Penggunaa ISO sangat penting dalam dunia fotografi untuk memastikan gambar yang dihasilkan adalah cantik dan menarik.



ISO atau ASA (American Standard Assosiation) adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.
ISO diwakili dengan nombor seperti ISO 100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang kita ambil.

Jika ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO rendah (contoh ISO 100 atau 200) untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, ISO yang tinggi adalah sesuai digunakan (contoh ISO 1600 atau 3200) untuk menghasilkan gambar yang jelas, tidak terlalu gelap.

Contoh penggunaan ISO dengan betul:
  • ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
  • ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
  • ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
  • ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
  • ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Kesan ISO terhadap kecerahan gambar:


Penggunaan ISO yang rendah dapat mengurangkan 'noise' atau 'grain' (bintik-bintik pada gambar). Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih 'noise' berbanding dengan ISO rendah. Gambar akan kelihatan tidak cantik jika mempunyai terlalu banyak 'noise'. Jadi untuk mengelakkan kelihatan 'noise' pada gambar, gunakanlah ISO yang rendah. Sekiranya tempat gelap, digalakkan untuk menggunakan flash. Gambar dibawah menunjukkan kesan ISO terhadap 'noise' pada gambar.





Jadi, penggunaan ISO yang betul dan sesuai adalah sangat penting dalam fotografi. Jika tidak, gambar yang dihasilkan tidak cantik, trlalu gelap atau terlalu banyak noise. ISO juga perlu dikaitkan dengan penggunaan  aperture dan shutter speed yang sesuai. 



 Karya Asal Aritkel ini : 

COMMENTS

Nama

Agama Alat Bantu Mengajar Bahan dan Alatan BMM3105 broadband Cikgu Jazlan Cover File doa Domain .my Fotografi IPGKTAA Event Koleksi Cerpen Lain - Lain LOGO IPG KPM IPGKTAA Nota Bahasa Melayu Nota IPG Panduan KKBI PENDIDIKAN SENI VISUAL PJK PRU13 Running man Santai SERVIS Sukatan BM THUN 1-6 Tutorial TUTORIAL BLOG Tutorial Box.com Tv Online Virus Widget Blog
false
ltr
item
CIKGU JAZLAN: Apa itu ISO
Apa itu ISO
http://3.bp.blogspot.com/-YjXUh0PcGTE/UMYrQN2zNEI/AAAAAAAABFU/jVsuWuxQQro/s400/iso-button.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-YjXUh0PcGTE/UMYrQN2zNEI/AAAAAAAABFU/jVsuWuxQQro/s72-c/iso-button.jpg
CIKGU JAZLAN
http://www.cikgujazlan.my/2012/12/apa-itu-iso.html
http://www.cikgujazlan.my/
http://www.cikgujazlan.my/
http://www.cikgujazlan.my/2012/12/apa-itu-iso.html
true
4504742246731490904
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please Like | Share to Unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy